← Bab SebelumnyaMuka Utama
Jalan dan Cara Yang Perlu Dilakukan

SETIAP ORANG MESTI TAHU, BOLEH MENGHURAI DAN MENERANGKAN FIRMAN ALLAH DAN SABDA RASULULLAH SAW YANG APABILA DILAKUKAN AKAN MENGHILANGKAN KEBERADAAN, KEAKUAN DAN KEUPAYAAN BADAN DIRI SENDIRI DAN AKAN MENGELUARKAN SESEORANG DARI KEGELAPAN SYIRIK KEPADA CAHAYA TAUHID

Apa yang perlu dipelajari, diketahui sehingga boleh menghurai dan menerangkan oleh seseorang itu ialah jalan dan cara yang perlu dilakukan mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah dengan maksud apa yang dilakukan telah dilakukan mengikut dari firman Allah atau dari sabda Rasulullah saw yang mana.

Jalan dan cara yang perlu dilakukan untuk melaksanakan apa yang tersurat dan apa yang tersirat di dalam firman Allah pada

Surah Al-Muzammil ayat 8

Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.

Yang cara untuk menyebut nama tuhanmu dengan atau melalui lisan lidah, boleh dilakukan mengikut firman Allah pada

Surah Al-'Isrā' ayat 110

Katakanlah (wahai Muhammad): "Serulah nama " Allah" atau nama "Ar-Rahman", yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia". Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau sembahyangmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu.

Dan melakukan perintah Allah yang tersurat dan yang tersirat di dalam firman Allah pada

7.Surah Al-'A`rāf ayat 205

Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintahnya), dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai.

Dengan cara menyebut nama Allah secara tersembunyi di dalam hati yang dilakukan mengikut sepertimana

Saidina Ali Rodziallah hu'an hu Bertanya kepada Rasulullah bagaimana aku nak hampir dengan Allah ya Rasulullah. Rasulullah menjawab mari dekat dengan aku ya Ali hingga bertemu lutut.

- Pejamkan matamu,
- Tongkat kan lidahmu ke langit-langit,
- sebutlah nama Allah sebanyak-banyaknya
Yang dilakukan sehingga berlakunya penyaksian dan pengakuan kepada sifat ketuhanan Allah, penyaksian dan pengakuan kepada Allah seterusnya penyaksian dan pengakuan kepada Allah yang sedang merasa keberadaan Allah atau penyaksian dan pengakuan kepada Allah yang mengenal Allah.
Kandungan dikekalkan sepenuhnya; hanya pembetulan ejaan/taip yang jelas dibuat.
⌂ Muka Utama